FAMILY OF US

Saturday, October 30, 2010

JALINAN KASIH KAUNSELING 09/10



         Program ini diadakan pada 27/2/2010 sehingga 28/2/2010. Ia bertujuan untuk mendekatkan pelajar-pelajar Kaunseling Tahun kedua Universiti Malaya dengan golongan yang tidak bernasib baik iaitu anak yatim. Sepanjang dua hari tersebut, para pelajar memperolehi kesedaran bahawa betapa penting menghargai ibubapa yang masih ada. Program yang berorintasikan perkongsian kasih sayang dan pengalaman ini berjaya mewujudkan satu perhubungan baru di antara mereka dan juga adik2 yang tidak bernasib baik itu. Antara pengisian yang telah dijalankan adalah pembahagian adik dan abang/kakak angkat, solat jemaah dan tazkirah, explore-race, motivasi kendiri, muhasabah diri, senam robik dan lain-lain.
        Program ini disertai oleh tiga puluh dua orang pelajar Kaunseling Tahun kedua UM yang mana setiap seorang diberi seorang adik. Tujuan pembahagian adik dan abang/kakak angkat ini adalah untuk memberi sedikit harapan kepada setiap adik-adik yang tidak bernasib baik itu untuk memiliki seseorang yang boleh dipercayai dan diharapkan apabila mereka telah menempuh alam dewasa. 
        Tema program ini adalah ''Perkongsian adalah kasih sayang, kasih sayang adalah prihatin dan tema ini memberi gambaran bahawa betapa prihatin para pelajar terhadap golongan-golongan yang tidak bernasib baik. Bukan sekadar tema apabila realitinya, ia dilaksanakan dan memberi kesan terhadap jiwa para pelajar dan juga adik-adik yang tidak bernasib baik itu. Semoga hubungan yang dibina dapat dikekalkan dan semoga para pelajar akan terus memberi sumbangan kepada masyarakat insyaAllah.