Kira-kira dua petang tadi, pelajar kaunseling 09 telah dengan gembiranya meraikan detik bersama dengan makan tengahari di KFC PJ. Detik yang menggembirakan ni merupakan kali kedua kaunselor09 ni bersama-sama seperti sebuah keluarga kerana sebelum ni mereka telah mengadakan jamuan berbuka puasa ramadhan lalu. Keakraban akan terus dipupuk seperti sebuah keluarga kerana kitakan sebuah keluarga.
Sebenarnya apa yang terbaik adalah kasih sayang di antara satu sama lain. Itulah yang cuba disarankan oleh tagline kaunseling 2009/2010...kitakan seatu keluarga sebab tanpa kasih sayang antara satu sama lain dan kerjasama yang erat antara semua ahli dalam sebuah keluarga, maka sebab itulah sebuah institusi kekeluargaan boleh runtuh dan berderai. Jadi pupuklah semangat bersatu padu dan peganglah pada satu prinsip yang boleh dikongsi bersama iaitu ''we are family" kerana dengan kekuatan itulah insyaAllah Allah akan membantu kita untuk kukuhkan ikatan kekeluargaan.
Semoga gathering tadi adalah detik permulaan kepada perhubungan kekeluargaan yang lebih akrab dan bukan penghujung kepada kebahagiaan kita. Ingatlah kita akan bersama selama dua tahun setengah lagi. So, jangan sia-siakan masa yang ada ini ya :-)
No comments:
Post a Comment