FAMILY OF US

Monday, November 1, 2010

PROGRAM SISWA KAUNSELING TURUN KE DESA (PROSKID)



       Program siswa kaunseling turun ke desa merupakan program yang mengintegrasikan pelajar kaunseling bersama masyarakat desa. Ia berorintasikan program "homestay" dan bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan baru mengenai masyarakat desa. Ia diadakan pada 21 Oktober 2010 dan berkampung di Felcra Changkat Lada, Seberang Perak. Seramai 40 orang peserta dan 20 orang keluarga angkat telah menyertai program ini. Program yang memakan masa selama empat hari tiga malam ini merupakan projek yang julung-julung kalinya diadakan oleh Persatuan kaunseling Universiti Malaya dan ia merupakan anjuran secara bersama oleh Pelajar Sarjana Muda Kaunseling Batch 2009/2010.
           Program yang diketuai oleh saudara Fakhruddin Hassan dan dibantu oleh saudari Solihah Kamaruddin ini telah dijayakan dengan baik oleh beberapa lagi jawatankuasa yang sangat bekerja keras dalam memastikan program ini berjalan seperti yang diharapkan. Lokasi yang dipilih sangatlah bertepatan kerana masyarakat desa yang bekerjasama dengan peserta dan penganjur sangat memberikan komitmen yang tinggi.
Walaupun mereka telah mengendalikan banyak program seumpama ini namun hubungan baik yang dibina tidak menunjukkan mereka bosan terhadap kami. Positifnya program ini telah memberi pengetahuan baru kepada pelajar mengenai masyarakat FELCRA kerana selama ini mereka hanya mengetahui tentang masyarakat kampung dan FELDA. Melalui program ini, mereka disedarkan bahawa terdapat satu lagi komuniti desa yang jarang sekali mendapat liputan.
          Antara aktiviti yang diadakan ialah Explorace, Lawatan Kampung, Lawatan Industri kecil, Sukaneka, Malam Kebudayaan, Memasak secara gotong royong, Program Motivasi, Aktiviti bersama keluarga angkat, Mengecat "benchmark" kampung, Membuat papan tanda kenangan, Senam seni, Upacara Marhaban dan Naik buai bayi dan banyak lagi. Kebaikan yang diperolehi melalui aktiviti tersebut ialah pelajar diberi pengalaman baru bagaimana masyarakat negeri Perak menyambut kelahiran bayi. Rata-rata yang ditanya mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan, kesemuanya berpuas hati dan berasa seronok untuk berada di sana.
          Program ini turut diselia oleh tiga orang penasihat professional iaitu Dr. Mariani, Prof. Dr. Suradi Salim dan juga Dr. Shahril. Kesungguhan Dr. Mariani juga sangat penting kerana beliau merupakan seorang professionalist yang banyak menyumbang idea dan membantu dalam memastikan kelancaran program. Pelajar lebih berkeyakinan dan bersemangat apabila motivasi tinggi yang ada di dalam diri beliau memberikan kesan terhadap peningkatan motivasi pelajar.
         Akhir sekali, kejayaan penganjuran program ini adalah disebabkan oleh komitmen yang tinggi di kalangan peserta dan penganjur. Tanpa komitmen dari semua pihak juga pastinya program ini tidak akan berjaya seperti yang diharapkan. Semoga komitmen ini dapat dikekalkan dan seterusnya dapat memberikan kebaikan kepada kesinmabungan program ini. All the best PROSKID II.

No comments:

Post a Comment